Thursday, October 7, 2010

sehidup semati~

"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik
selagi kita tidak menjadi baik,
tetapi jadilah wanita yang baik
sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."

Ayat ni lah yang menjadi topik perbualan
aku dan seorang rakan seperjuangan dunia akhirat aku semalam.
Macam gatal jugak kan cakap pasal kahwin-kahwin ni.
Yela.. Umur baru ** tahun.
Muda lagi, enjoy life dulu la bak kata orang zaman sekarang.
Tapi hakikatnya..
bermula dari umur muda inilah
aku kena fikirkan soal jodoh supaya dapat aku persiapkan diri
untuk membina sebuah keluarga yang bahagia
(ceewahh..)

Bagi si adam..
tanggungjawab anda selepas berkeluarga sangat besar.
Anda diberikan amanah oleh Allah membimbing
bukan sahaja isteri tetapi juga
anak-anak yang bakal hidup bersama di jalanNya.
Jadi, bermula dari usia muda inilah
anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Fardhu ain
untuk bekalan bersama hidup di dunia
untuk mengejar kebahagiaan di akhirat kelak.
Selepas kahwin
dosa isteri dan anak-anak semua bergantung di bahu anda.
Baik bimbingan anda,
insyaAllah ringanlah bahu anda.
Buruk bimbingan anda... (fikir-fikir la sendiri).

Bagi si hawa pula..
anda juga ada tanggungjawab yang besar!
Tanggungjawab yang diperlukan sebagai isteri
yang patuh kepada suami dan
sebagai ibu yang lembut membelai anak-anaknya.
Memang tiada dinyatakan tugas untuk menguruskan kerja rumah
adalah tugas wanita,
tetapi persiapkanlah diri dengan ilmu memasak,
mengemas rumah, berhias diri sejajar dengan tugas anda
untuk membahagiakan dan meringankan beban suami anda
(uik, terasa pulak. ngee..)

Tempoh perkenalan yang lama
diantara si dara dan si teruna
bukanlah perkara 'wajib' sebelum ke jinjang pelamin.
Tempoh 'berkenal-kenalan' yang lama hanya mengundang maksiat.
Kononnya
"Kena la kenal lama-lama dulu, baru boleh tahu sesuai ke tak".
Dalam masa berkenal-kenal
mesti la kena keluar dating-dating kan.
Pastu nanti datang la kawan rapat kita,
Incek Syaitan (bukan nama sebenar) join sekaki.
Pastu ada la kes terlebih kenal sampai buang-buang anak
(tahniah, kita berjaya membuat incek syaitan gembira).
Mungkin kita takde la sampai buang-buang anak ni,
pegang-pegang tangan je
(tu pun maksiat jugak lerr).
Tup tap tup tap, sebab terlalu kenal ter'clash' pulak.
Dulu cakap nak tau sesuai ke tak,
so kalau tak sesuai means boleh terima kenyataan la.
Tapi ni tak, bila clash tu ada pulak la yang meraung,
menangis 40 hari 40 malam tak dapat terima kenyataan
(tahniah lagi sekali sebab incek syaitan
sedang melompat-lompat keriangan).

Kalau kita suka kat seseorang,
before ambil keputusan untuk make a move,
apa kata kita solat istikarah dulu?
Mintak supaya Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya
dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat kita.
Kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah
kerana Dialah yang maha mengetahui.
Jika 'seseorang' itu bukan untuk kita,
yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita.
Jika 'seseorang' itu baik untuk kita,
mulalah langkah dengan bertaaruf
seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah
(Taaruf adalah kegiatan bersilaturahim,
berkenalan bertatap muka, atau bertamu ke rumah seseorang
dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya),
bukan dengan cara berdating
yang hanya mengundang maksiat
yang menjadi mancis ke lembah api perzinaan.
Jika kita ikhlas niat kerana Allah,
insyaAllah hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa
dan kekal hingga ke anak, cucu, cicit, cicit punya cicit
(panjang betul umur).


********************

"Mama.. Rasa nak kahwin la", aku menggedik.
"Hamboi!! Gatalnya.. Calon dah ada ke?".
"Hee.. Tgh cari la ni. Susah la mama. Duk kat ***** ni, jauh dari family.
Pastu rasa macam nak ada orang bimbing je
takut jadi macam dulu balik".
"Eleh, gatal tu gatal jugak
(mama memang sangat memahami. chaitt).
Tapi kalau betul nak cari suami,
cari la yang boleh bimbing.
Yang boleh sama-sama naik motor
(awat ntah motor jadi pilihan mama)
pergi solat jemaah kat masjid.
Yang boleh ajar awak mengaji.
Pastu nanti kalau awak dah meninggal,
dia boleh pergi kubur mengaji untuk awak
macam Pakcik Yunus (bukan nama sebenar) tu",
mama bagi nasihat sebagai orang yang sudah banyak berpengalaman.

Pakcik Yunus tu aku kenal la.
Lorong rumah aku lak setentang dengan tanah perkuburan Islam
(seram sejuk jugak balik lewat malam-malam).
Dulu pagi-pagi time nak pergi sekolah
selalu lah nampak kereta Pakcik Yunus ni
parking depan pagar tanah perkuburan tu,
pastu nampak la kelibat beliau di depan kubur arwah isterinya.
Mama cakap Pakcik Yunus ni
lepas solat jemaah subuh kat masjid,
terus pergi kubur arwah isterinya
untuk mengaji dan bersihkan kubur
sebagai janji mereka untuk sehidup semati.
Last winter time aku balik bercuti pun
Pakcik Yunus still meneruskan rutin harian beliau.

"Inilah maksud sehidup semati rupanya",
hati aku berdetik memahami.

Sehidup semati bukan nya macam kau punya pasangan mati,
pastu kau pun bunuh diri nak mati bersama
sebab kan dah janji dulu
masa kemaruk bercinta dulu-dulu nak sehidup semati.
Tunaikan janji punya pasal.
Sehidup ni bagi aku berjanji untuk hidup bersama
bagi tujuan untuk meneruskan dakwah Islam.
bersama-sama memperdalamkan hal agama,
saling bimbing-membimbing dan memperoleh zuriat yang halal.
Manakala semati pula bermakna
sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan yang telah meninggal dunia
baik si isteri mahupun si suami
supaya masih segar di akal fikiran kita
tentang kewujudan pasangan kita ini
seolah-olah dia masih hidup bersama kita.
Bukan melupakan atau meratapi pemergiannya.

"Bestkan mama arwah Mak Esah (bukan nama sebenar)
dapat suami macam tu? I pun nak cari calon macam tu la.
Boleh jadi imam untuk I setiap hari.
Pastu nanti I dah mati, dia tak sibuk cari pengganti.
Oh, indahnya duniaaa..".
"Dunia je, akhirat??", hoinggg.. Kena libas ngn mama.
"Ye.. Ye.. Lagi sekali. Oh, indahnya dunia akhiratttt.. Hehe..".

********************

"Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang."
[30:21]

pesana penaja...:
act, ni copy paste je dari salah seorang kawan yang aku amat kagumi...
terlalu banyak yg dilaluinya sebelum berjumpa dengan sinar yang benar2 hakiki dalam hidup beliau...
tabik toing2 la... yelah, bukan semua org diberikan hidayah setelah hanyut bergelumang dalam hiasan2 dunia nih... berat tuu...
moga2 kita juga sentiasa dinaungi hidayah ALLAH YANG MAHA KUASA...
INSYAALLAH~

1 comment: